Monday, April 14, 2008

Memerlukan Bekalan Tambahan

Kami memerlukan bekalan keli tambahan untuk menampung permintaan pasaran...

sesiapa ada keli yg tidak terjual boleh berbincang dgn kami utk berkongsi pasaran...

boleh hubungi :
hafiz - 012.2481986
Razis - 012.9182092
Iskandar - 012.6535827

Benih Keli !!!!

Benih keli :
2inci(full Grading)
100k keatas : 4sen/ekor
50k-100k : 5sen/ekorbwh 5
0k : berdasarkan budibicara n perbincangan

3inci
100k keatas : 9sen/ekor
50k-100k : 10sen/ekor
bwh 50k : berdasarkan budibicara n perbincangan

4inci :
5k : 25sen/ekor

minima order 5k
bwh 5k : berdasarkan budibicara n perbincangan

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
hafiz - 012.2481986
email - apisfq@gmail.com

Wednesday, December 26, 2007

Bacalah!!!

ikan keli atau nama saintifiknya, Clarias gariepinus, mempunyai kandungan Omega-3 pada kadar 0.51 gram bagi setiap 100 gram, jauh lebih tinggi berbanding kandungan Omega-3 dalam ikan salmon (0.20g/100g), mackerel (0.10g/100g) atau trout (0.40g/100g).

Kadar lemak dalam ikan keli (9-12 peratus) juga didapati antara yang tertinggi di kalangan mana- mana ikan air tawar atau masin, sama ada yang hidup di perairan tropika atau kawasan beriklim sederhana. -Technology Park Malaysia (TPM)

Pencarian kami!!!

Pihak kami sedang mencari wakil peternak, pemborong, pembekal, org tengah untuk ikan keli di seluruh semenanjung Malaysia untuk penawaran peluang pemasaran yang menarik.

Sebarang Pertanyaan atau anda berminat sila hubungi pihak kami melalui hunting line kami (laman web) atau emel kami (fourteenquest@gmail.com). Tawaran terhad kepada mereka yang komited dan mempunyai pemasaran yang tetap.

Friday, June 8, 2007

Nota (2) Omega-3

Assalammualaikum w.b.t,

Kita sambung lagi cerita pasal Omega-3. Terdapat tiga komponen utama Omega-3 iaitu asid linoleik (ALA),asid elcopentaenoik (EPA) dan asid dokosoheksonoik (DHA).Asid lemak secara amnya boleh dibahagikan kepada 2 iaitu asid lemak tepu dan asid lemak tidak tepu. Untuk pengetahuan anda,asid lemak tepu yang meningkatkan kandungan kolestrol dalam badan (Penting ini). Minyak ikan mempunyai kandungan asid lemak dari kategori tidak tepu dipanggil PUFA (Polisaturated Fatty Acid). Kita harus sentiasa menjaga makanan kita terutamanya dari segi kandungan lemak. Lemak sememangnya penting untuk badan dan mengapa tidak kita mengambilnya dari sumber yang menyihat kita ?

p/s : Siri ke-3 ( Kebaikan Omega-3 pada kita)

Dr.Omega

Thursday, June 7, 2007

Nota (1) - Omega-3 oleh DR.OMEGA

Apa itu Omega-3?


Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang banyak terdapat dalam minyak kekacang (walnut),hidupan marin dan juga ikan yang berlemak seperti ikan salmon,kod dan juga ikan kita sendiri Ikan Keli.
Jenis asid lemak yang terdapat dalam ikan berlemak dan minyak ikan adalah daripada jenis EPA dan DHA(dalam iklan susu ada kat tv). Kenapa DHA penting?(akan dikupas dalam nota akan datang) Minyak sayuran pula banyak mempunyai asid lemak Omega-6 daripada jenis asid linoleik(LA).Apabila kita makan sumber minyak ini,LA juga perlu ditukarkan kepada bentuk EPA dan DHA sebelum digunakan. Tetapi proses penukaran ini tidak begitu berkesan pada bayi dan orang tua.
Sekian untuk hari ini,jgn lupa nota akan datang.!!!

DR.OMEGA

Sudah Lama tidak memblog

Berhabuk dah blog kitaorang ini yer...Agak sibuk kebelakangan ini sebenarnya membuat penyelidikan serta kajian terhadap peluang-peluang perniagaan serta maklumat mengenai ikan keli. Salah satu daripada yang menarik minat saya adalah mengenai isu perut ayam ini saya mendapat tahu yang sekiranya peternak memberi ikan keli mereka makan sisa atau perut ayam,makan zat Omega -3 akan terhapus menyebabkan yang tinggal adalah lemak-lemak yang kurang elok. Ini selepas kajian dijalankan. Pihak kami pun sedang mengkaji perkara yang sama untuk memastikan produk keluaran kami bersih dan halal. Sesiapa yang ada idea atau ingin berbincang tentang ikan keli silalah email atau Yahoo Messenger bersama kami..emel ker telefonlah dulu mana tau kami dalam kolam ker...hehehheh